MURID perempuan ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh ke dalam  sungai di Kampung Petai Dusun, hari ini. FOTO Syerah Mustafa
MURID perempuan ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh ke dalam sungai di Kampung Petai Dusun, hari ini. FOTO Syerah Mustafa
Syaherah Mustafa


Rantau Panjang: Murid perempuan Tahun Lima ditemukan lemas, manakala rakannya masih hilang selepas terjatuh di sungai Kampung Petai Dusun, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian jam 6.39 petang itu, Siti Aishah Mahzi, 11, ditemui lemas, manakala Nur Damia Qaisara, 11, belum ditemui.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang, Azmi Jaafar, berkata, Siti Aishah ditemui jam 7.15 malam sebelum meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah (HTM).

"Berdasarkan laporan, kedua-dua mangsa berusia 11 tahun dan mangsa pertama ditemui jam 7.15 malam sebelum disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

"Operasi mencari dan menyelamat (SARS) bagi mengesan seorang lagi mangsa sedang dijalankan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 24 Disember 2023 @ 11:17 PM