KAMPUNG Serongga, Pasir Mas kembali terkesan banjir berikutan limpahan air sungai. FOTO Bernama
KAMPUNG Serongga, Pasir Mas kembali terkesan banjir berikutan limpahan air sungai. FOTO Bernama
Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Dua lagi pusat pemindahan sementara (PPS) di Pasir Mas dibuka hari ini berikutan peningkatan mangsa banjir.

Setakat 9 malam, mangsa banjir mencatatkan peningkatan kepada 4,840 orang daripada 1,528 keluarga berbanding 4,549 orang petang tadi.

Kesemua mangsa banjir ini berlindung di 15 PPS di dua daerah iaitu 14 PPS di Pasir Mas dan satu PPS di Tanah Merah.

Portal Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merekodkan, mangsa banjir di Pasir Mas adalah berjumlah4,716 orang membabitkan 1,494 keluarga, manakala mangsa banjir di Tanah Merah adalah seramai 124 orang daripada 34 keluarga yang berada di satu PPS iaitu Sekolah Menengah Ugama (A) Kajang.

Sementara itu, laman web publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan, dua sungai utama di Kelantan yang melepasi paras bahaya iaitu Sungai Golok di Rantau Panjang dengan bacaan 10.25 meter (m) dan Sungai Kelantan di Kuala Besar, Kota Bharu (1.94m).

Satu sungai yang melepasi paras waspada iaitu Sungai Golok di Kuala Jambu, Tumpat (2.29m).

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 17 Disember 2023 @ 10:33 PM