SRI Aman. FOTO Arkib NSTP
SRI Aman. FOTO Arkib NSTP
Mohd Roji Kawi

Kuching: Kualiti udara di Sri Aman berada pada tahap tidak sihat apabila bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencecah 108 bermula 10 malam tadi.

Bacaan IPU di stesen itu terus meningkat setiap jam sehingga mencecah 126 pada 6 pagi.

Berdasarkan laman web Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (Apims), 12 lagi stesen di Sarawak berada pada tahap hijau iaitu bacaan IPU sederhana.

Stesen IPD Serian (MCAQM) mencatat bacaan tertinggi iaitu 96 diikuti Samarahan (84), Kuching (83), Sarikei, Kapit dan Bintulu (77), Mukah (75), Sibu (74), Limbang (70), Samalaju (68), Miri (66) dan ILP Miri (64).

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 Oktober 2023 @ 7:57 AM