JPJ akan mengadakan lelongan kenderaan sita pada 11 Oktober ini.
JPJ akan mengadakan lelongan kenderaan sita pada 11 Oktober ini.
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil 

 

Kuala Lumpur: Sebanyak 46 motosikal yang bakal dilelong pada acara Lelongan Kenderaan Sita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kuala Lumpur siri 02/2023 pada 11 Oktober ini.

Pengarah JPJ Kuala Lumpur, Mohd Zaki Ismail berkata, orang ramai dialu-alukan untuk menghadiri acara itu yang akan diadakan jam 9 pagi di Dewan Merpati, Jalan Genting Klang, di sini.

"Kenderaan yang disita adalah sebanyak 46 motosikal, tujuh kereta dan dua van bakal dilelong.

"Jualan dokumen lelong akan diadakan bermula pada 26 September hingga 10 Oktober. Dokumen lelong tidak akan dijual pada hari lelongan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, orang ramai yang berminat perlu memiliki sijil pendaftaran di bawah Kementerian Kewangan Malaysia terlebih dulu bagi membida kenderaan berstatus lusuh atau 'scrap'.

"Sijil itu hendaklah tidak tamat tempoh dan di bawah bidang 221901 (Membeli Barang Lusuh Tanpa Permit) atau 221902 (Membeli Barang Perlu Permit).

"Orang awam yang berhasrat membida kenderaan berkenaan boleh hadir ke sesi pemeriksaan awam yang diadakan pada 9  hingga 10 Oktober bermula 10.30 pagi hingga 3.30 petang,"katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 September 2023 @ 12:55 PM