Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Lelaki yang merempuh pegawai penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) ketika sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 28 Lebuhraya Seremban-Port Dickson menghala Port Dickson, semalam, direman empat hari.

Perintah tahanan reman itu dikeluarkan Majistret Uthman Abd Ghani di Mahkamah Majistret Port Dickson, di sini, hari ini.

Ia bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Suspek berusia 25 tahun yang diiringi polis ke mahkamah tidak diwakili peguam.

Dalam kejadian 11 pagi itu, penunggang Yamaha Y125ZR berkenaan melanggar sekatan jalan raya (SJR) dan merempuh anggota berkenaan.

Akibatnya anggota terbabit mengalami kecederaan di leher, kepala dan bengkak tangan serta kaki.

Dia dirawat di Hospital Port Dickson dan dibenarkan pulang selepas rawatan.

NOR Khairul ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini. FOTO Azrul Edham
NOR Khairul ketika dibawa ke Mahkamah Majistret Port Dickson hari ini. FOTO Azrul Edham

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 September 2023 @ 11:38 AM