PETALING JAYA 12 SEPTEMBER 2023. Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri (Dr) Syed Hussian Aljunid (kiri) mengiringi Pesuruhjaya Tinggi Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon meninjau operasi penyiaran TV3 ketika sesi lawatan korporat Pesurujaya Tinggi Singapura ke Malaysia di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya. NSTP/AIZUDDIN SAAD

Noor Hidayah Tanzizi dan Suhaila Khairie

Kuala Lumpur: Media Prima Berhad (Media Prima) menerima kunjungan rasmi Pesuruhjaya Tinggi Singapura Vanu Gopala Menon di Sri Pentas, Bandar Utama di sini, hari ini.

Ketibaan Vanu Gopala yang diiringi Setiausaha Pertama (Hal Ehwal Awam) Syed Arafat Hussain disambut pengurusan tertinggi Media Prima diketuai Pengerusi Kumpulannya, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Audio, Nazri Noran.

Turut hadir, Ketua Pegawai Operasi, Media Prima Omnia, Datuk Mohd Efendi Omar dan Pengarang Kumpulan NST, Farrah Naz Karim.

Mereka diberikan taklimat berkaitan Media Prima sebelum dibawa melawat ke REV Media Group, Konti Audio Media Prima dan Operasi Berita dan Editorial.

Vanu Gopala berkata, kunjungan berkenaan adalah lawatan rasmi pertamanya ke Media Prima.

Menurutnya, beliau kagum dan tertarik dengan taklimat yang dibentangkan sekali gus memberi pendedahan kepadanya mengenai syarikat.

"Taklimat dibentangkan sebentar tadi oleh pihak Media Prima sangat mengagumkan. Saya melihat banyak potensi daripada Media Prima.

"Saya yakin selepas kunjungan ini, saya akan lebih memberi perhatian kepada program dan rancangan daripada pihak Media Prima serta mendengarkan perkara lain yang akan ditawarkan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 September 2023 @ 2:37 PM