GAMBAR HIASAN
GAMBAR HIASAN
Suraya Roslan


Kuala Lumpur: Peniaga roti canai yang didakwa menceroboh kawasan Istana Negara, Ahad lalu dihukum penjara sebulan dan denda RM500 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

Majistret Nurul Izzah Shaharuddin memutuskan demikian selepas tertuduh, Amrin Amiruddin, 39, mengaku bersalah atas pertuduhan terbabit.

Mahkamah juga mengarahkan tertuduh dipenjara bermula tarikh ditangkap pada hari kejadian dan hukuman penjara ditambah dua minggu lagi jika gagal membayar denda.

Sebelum itu, Amrin yang tidak diwakili peguam menegaskan tidak mahu membuat sebarang rayuan terhadap hukuman dikenakan.

Dia dituduh memasuki kawasan larangan tanpa kebenaran yakni harta milik Yang di-Pertuan Agong di Pintu 1, Istana Negara, Jalan Tunku Abdul Halim, Bukit Damansara, di sini pada 7.45 malam, 3 September 2023.

Kesalahan didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kawasan Larangan dan Tempat Larangan (Akta 298) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 7 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda hingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika disabitkan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Sheryn Yong Shi Yee.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 September 2023 @ 2:47 PM