Zainon Salleh, pengasas snek ikan Shell SELECT - Foto Shell
Zainon Salleh, pengasas snek ikan Shell SELECT - Foto Shell
Mohammad Asyraf Khalib

ADAT berniaga pasti ada sahaja dugaan yang datang. Bak kata pepatah, 'untung sabut timbul, untung batu tenggelam'. 

Begitulah pengalaman Zainon Salleh, usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dari Kampung Panggong, Pasir Puteh, Kelantan. 

Berkongsi cabaran dalam dunia perniagaan, beliau berkata produk keropok diusahakan sejak 1997, sebelum ini tidak mendapat sambutan. 

Ketika itu segalanya sukar, termasuklah aktiviti memasarkan keropok ke kedai tempatan di kampung halaman, sangat mencabar.

Perusahaannya juga pernah ditimpa musibah apabila banyak peralatan memproses keropok rosak selepas dilanda banjir besar pada 2014. 

Bangkit semula

Image

Walaupun diuji dengan pelbagai dugaan, Zainon Salleh terus bangkit dan tidak pernah berputus asa.

Berkat kecekalan, beliau kini berpeluang mengembangkan perniagaannya dengan Shell.

Shell telah menawarkan Kontrak Label Persendirian yang membolehkan keropok keluarannya dijenama semula dan dipasarkan di 630 stesen Shell seluruh negara.

"Saya berterima kasih kepada Shell kerana bukan sahaja memberikan peluang kepada saya tetapi turut membantu golongan wanita lain memperoleh mata pencarian menerusi perniagaan yang saya usahakan," katanya.

Beliau juga berharap agar masyarakat berhenti memandang rendah kepada orang kampung kerana mereka juga mampu menghasilkan produk berkualiti setanding jenama terkemuka.

Realisasi Impianmu Bersama Shell

Image

Menerusi inisiatif yang sama, Shell Malaysia menggalakkan para usahawan untuk merealisasikan impian mereka melalui program Realisasi Impianmu Bersama Shell.  

Inisiatif ini diusahakan untuk membantu golongan pengusaha PKS meluaskan perniagaan serta berpeluang menjual produk mereka menerusi kedai Shell SELECT.

Selain itu, ia sebahagian usaha Shell berkhidmat kepada komuniti, sekaligus menambah pelbagai produk yang ditawarkan menerusi kedai Shell SELECT.

Setakat ini, Shell mencari pengusaha PKS yang membekalkan snek makanan, manisan, minuman tanpa alkohol serta makanan yang sedia dimakan. 

Justeru, pengusaha PKS digalakkan mengambil peluang ini dan mendaftar perniagaan serta berpeluang menempatkan produk masing-masing di bawah Kontrak Label Persendirian dengan Shell. 

Inisiatif ini dibuka kepada semua warganegara Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas dengan perniagaan berdaftar serta memiliki nombor perniagaan berdaftar yang sah.

Pendaftaran secara atas talian boleh dibuat menerusi www.shell.com.my/MalaysianDream bermula 18 Ogos sehingga 11 September 2020.

Pemilihan usahawan

Tiga pengusaha PKS terpilih akan ditawarkan Kontrak Label Persendirian bersama Shell untuk tawaran pemasaran produk mereka di setiap kedai Shell SELECT seluruh negara bermula Januari 2021. 

Selain itu, 27 lagi pengusaha kecil dan sederhana yang lain turut berpeluang mempromosikan produk keluaran masing-masing di negeri atau kawasan khusus yang telah disenaraikan oleh pihak Shell.

Shell turut mempelawa orang ramai mengundi produk yang layak untuk diletakkan di rak Shell SELECT di seluruh negara menerusi laman sesawang Shell bermula 22 September sehingga 28 September 2020.

Bagi anda yang berminat untuk mengetahui inisiatif lain ditawarkan oleh Shell, layari www.shell.com.my.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 8 September 2020 @ 6:01 PM