RUMAH pusaka keluarga yang hampir roboh dan usang yang diduduki Mohamad Ismail dan keluarga. FOTO Nor Amalina Alias.
RUMAH pusaka keluarga yang hampir roboh dan usang yang diduduki Mohamad Ismail dan keluarga. FOTO Nor Amalina Alias.
Nor Amalina Alias


Bachok: Demi memiliki rumah sendiri, seorang orang kurang upaya (OKU) pertuturan sanggup menjual lembu peliharaan yang juga satu-satu harta dimiliki untuk bayaran pendahuluan.

Malangnya, Mohamad Ismail Hamid, 39, ditipu apabila individu yang bertanggungjawab menguruskan bantuan rumah berkenaan.

Mohamad Ismail berkata, selama ini dia dan isteri, Zilawati Abdullah, 37 dan tiga anak, Nor Azizi, 8, Muhammad Adam Haiqal, 4 dan Nur Afiqah, 3 tinggal di rumah arwah nenek isterinya atas ihsan ahli keluarga.

Namun, disebabkan keadaan rumah itu sudah terlalu usang, dia memasang impian memiliki rumah sendiri apabila ada ahli keluarga menawarkan tapak tanah untuk mendirikan kediaman.

"Saya cuba cari jalan nak mohon bantuan rumah, kemudian ada pihak datang kononnya boleh bantu buat rumah tetapi minta wang pendahuluan.

"Jadi, saya sanggup jual satu-satunya lembu kami dengan harga RM2,000 dan beri kepada pihak berkenaan tapi sehingga hari ini tiada khabar berita," katanya yang ditemui di Kampung Aur, Telong, di sini.

Sementara itu, Zilawati berkata, suaminya mengalami kemurungan selepas kecewa ditipu.

"Ini kerana kami sudah mengimpikan mahligai sendiri demi keselesaan dan keselamatan anak-anak memandangkan rumah ini sangat usang.

"Anak-anak juga kerap terjatuh kerana memijak lantai yang reput, kami juga bimbang sambungan elektrik yang lama.

"Tak sangka pula ada orang yang sanggup menipu kami," katanya.

juga bimbang sambungan elektrik yang lama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 13 Ogos 2023 @ 12:46 PM