USTAZ Fatah mengundi di SJKT Bandar Springhill, Lukut. FOTO Mohd Khidir Zakaria
USTAZ Fatah mengundi di SJKT Bandar Springhill, Lukut. FOTO Mohd Khidir Zakaria
Mohd Khidir Zakaria

Port Dickson: Perikatan Nasional (PN) mencipta sejarah apabila calonnya di Bagan Pinang, Ustaz Fatah menang dengan majoriti 3,426.

Ustaz Fatah atau Abdul Fatah Zakaria, 57, pesara tentera memperolehi undi sebanyak 10,921 undi manakala calon BN, Najib Isa mendapat 7,495 undi.

Pengurus Pilihan Raya, Dr Ishak Mohamad mengumumkan kemenangan Ustaz Fatah dengan majoriti 3,426 undi.

Menurut Abdul Fatah, ini adalah kemenangan semua pihak yang banyak membantu kemenangan sulung PN di Port Dickson.

"Terima kasih kepada semua pihak, jentera daripada Melaka terutamanya Masjid Tanah yang banyak membantu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 12 Ogos 2023 @ 10:33 PM