ABDUL Hadi (dua kanan) diringi Takiyuddin dan Annuar (kiri) menyarung jaket PAS kepada Afiq Aman. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
ABDUL Hadi (dua kanan) diringi Takiyuddin dan Annuar (kiri) menyarung jaket PAS kepada Afiq Aman. FOTO Nik Abdullah Nik Omar
Nor Fazlina Abdul Rahim dan Hidayatidayu Razali


Kota Bharu: Tan Sri Annuar Musa memaklumkan beliau meminta anak lelaki tunggalnya, Afiq Amani berfikir dahulu sebelum mengambil keputusan meninggalkan Umno, hari ini.

Pengerusi Muafakat Nasional (MN) itu berkata, ini berikutan beliau sebelum ini sudah nekad untuk menyertai Pas.

"Saya ada anak empat orang iaitu tiga perempuan dan seorang sahaja lelaki. Hanya dia seorang sahaja anak lelaki dan dia juga anak bongsu saya.

"Dia seorang sahaja yang boleh ganti saya. Justeru, saya kata duduk dan fikirlah sebelum buat keputusan kerana papa dah buat keputusan nekad untuk masuk Pas," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Ceramah Umum Parlimen Ketereh di Kompleks Yayasan Kemiskinan Kelantan (YKK) Padang Kala di sini, malam ini.

Dalam perkembangan lain, bekas Ahli Parlimen Ketereh itu, berkata pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) yang lalu, Presiden Pas, Abdul Hadi memberi isyarat mahu mempertimbangkan beliau sebagai calon.

"Saya kata kepada Takiyuddin, kalau nak jadi calon, kuota Ketereh adalah calon Bersatu, tetapi saya nak jadi calon Pas sebab parti pilihan saya adalah Pas.

"Namun, saya sertai Pas adalah untuk berjuang dan bukannya seperti dahulu masa Umno mahu jadi calon. Ambo dah tinggalkan perangai lama ketika dalam Umno," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 Ogos 2023 @ 12:03 AM