Muhammad Yusri Muzamir

Tasek Gelugor: Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang mendedahkan punca parti itu memutuskan kerjasama dengan DAP berpunca akibat sikap campur tangannya ke atas dasar membabitkan Islam.

Selain itu katanya, keputusan memutuskan kerjasama dengan DAP dimuktamadkan susulan pergeseran mengenai beberapa isu yang gagal dipersetujui kedua-dua parti, antaranya hasrat untuk mengembalikan pilihan raya perbandaran.

Beliau berkata, Pas menentang cadangan kembali mengadakan pilihan raya perbandaran yang dihapuskan selepas 13 Mei 1969 atas alasan pelaksanaannya mencetuskan ketegangan antara kaum.

"Tiba-tiba ikut DAP (mahu kembali mengadakan pilihan raya perbandaran). Pas tidak bersetuju (cadangan berkenaan) dimasukkan dalam manifesto.

"Saya bertemu dengan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi menyatakan pendirian Pas tidak bersetuju kerana ia adalah agenda politik," katanya ketika berucap pada Ceramah Mega PN Best di sini, malam tadi.

ABDUL Hadi Awang pada Ceramah Mega PN Best di Jalan Permatang Sungai Dua sempena kempen PRN Pulau Pinang. FOTO Danial Saad
ABDUL Hadi Awang pada Ceramah Mega PN Best di Jalan Permatang Sungai Dua sempena kempen PRN Pulau Pinang. FOTO Danial Saad

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Ogos 2023 @ 10:00 AM