SEORANG warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan di Petaling Jaya, awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM
SEORANG warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan di Petaling Jaya, awal pagi tadi. FOTO Ihsan JBPM
Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil


Petaling Jaya: Wanita warga emas rentung dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan orang tua di Jalan 5/31, Seksyen 5 di sini, awal pagi tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Wan Mad Razali Wan Ismail berkata, 14 anggota dan pegawai bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Petaling Jaya bergegas ke lokasi kejadian, sejurus menerima panggilan jam 3.30 pagi.

"Semasa kejadian, terdapat 14 penghuni termasuk penjaga bertindak menyelamatkan diri tanpa mengalami kecederaan.

"Bagaimanapun, terdapat seorang mangsa wanita tempatan berusia 69 tahun ditemukan rentung di atas katil dalam sebuah bilik di kediaman itu," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, api berjaya dipadamkan oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan penyelamat.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Ogos 2023 @ 9:21 AM