SPRM
SPRM
Hafidzul Hilmi Mohd Noor


Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka tujuh Bilik Gerakan Pilihan Raya Negeri (PRN) bagi memudahkan aduan serta penyaluran maklumat oleh orang ramai berhubung perbuatan rasuah dan salah guna kuasa sepanjang tempoh berkempen.

SPRM dalam kenyataan hari ini memaklumkan semua bilik gerakan itu akan beroperasi sepanjang hari bermula hari ini hingga hari pengundian pada 12 Ogos.

"Ia akan dibuka di Ibu Pejabat SPRM, pejabat SPRM Selangor, pejabat SPRM Negeri Sembilan, pejabat SPRM Kedah, pejabat SPRM Pulau Pinang, pejabat SPRM Terengganu dan pejabat SPRM Kelantan.

"Bilik Gerakan SPRM boleh dihubungi di talian 03-8891 1038 (Ibu Pejabat SPRM); Pejabat SPRM Selangor (03-5524 8318); Pejabat SPRM Negeri Sembilan (06-762 5446); Pejabat SPRM Kedah (04-700 1880); Pejabat SPRM Pulau Pinang (04-229 9262); Pejabat SPRM Terengganu (09-630 1920) dan Pejabat SPRM Kelantan (09-766 1970)," katanya.

SPRM juga mengingatkan semua calon yang bertanding dan parti politik supaya tidak melakukan sebarang kegiatan yang melanggar undang-undang serta peraturan pilihan raya selaras Akta SPRM 2009 dan Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (Pindaan 2012).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 29 Julai 2023 @ 3:20 PM