ANTARA lukisan dan arca yang dipaerkan di Galeri Prima. FOTO ihsan Galeri Prima

Noor Hidayah Tanzizi

Kuala Lumpur: Lebih 80 lukisan dan arca yang dihasilkan 25 pelukis dipamerkan pada Pameran Art Exhibition Symphony di Galeri Prima, Balai Berita Bangsar, di sini.

Pameran anjuran Galeri Prima dengan kerjasama Kuala Lumpur College of Art dan Malaysian Institute of Art (MIA) bermula 17 Julai lalu hingga 26 Julai hadapan.

Kurator seni June Pang berkata, pameran berkenaan menampilkan hasil karya 25 pelukis berbakat daripada dua institusi berkenaan.

Menurutnya, pameran berkenaan menampilkan pelbagai medium dan ragam artistik, termasuk karya media campuran, minyak, cat air, seramik, arca, kaligrafi dan dakwat Cina.

"Kami berbesar hati dan berbangga untuk memperkenalkan pelbagai visual yang digambarkan oleh beberapa pelukis berbakat melalui pameran ini.

"Pelukis yang mengambil bahagian adalah gabungan kedua-dua yang sudah mapan dan baru muncul seperti Cheah Yew Saik dan Tang Hong Lee," katanya.

Katanya, selain meningkatkan kesedaran mengenai persada seni tempatan, pemeran berkenaan juga menggambarkan keghairahan setiap pelukis terhadap seni dan unsur menyatukan karya mereka yang luar biasa dan teliti.

Galeri Prima beroperasi setiap Isnin hingga Jumaat bermula 10 pagi hingga 6 petang, manakala Sabtu dan Ahad dengan temujanji.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 Julai 2023 @ 4:32 PM