Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan berangkat menyaksikan pameran solo hasil karya dua pelukis di Galeri Prima, Balai Berita The New Straits Times Press (NSTP), Bangsar, di sini, hari ini.

Baginda meluangkan masa menyaksikan seluruh karya yang dipamerkan sebaik tiba di Galeri Prima pada 4 petang.

Pameran berkenaan menampilkan lukisan hasil karya pelukis moden dan kontemporari tempatan, Tony Ng dan Ronnie Mohamad yang berkongsi pentas dalam gabungan pameran solo hasil karya masing-masing di Galeri Prima, di sini.

Ng tampil dengan tema 'Ukiran' melalui kira-kira 30 karya berasaskan batik dan ukiran, manakala Ronnie menampilkan 12 karya dengan tema 'Playground' pada pameran yang berlangsung sehingga 25 November ini.

Turut hadir, Ketua Galeri Prima Azlynn Aziz dan Koordinator Berita NST, Fauziah Ismail.

Selepas itu, baginda turut berkenan meluangkan masa mewarnakan batik di galeri berkenaan.

Sementara itu, Ronnie berkata, dia sangat berbesar hati hasil karyanya mendapat perhatian Raja Permaisuri Agong sekali gus ia sebagai tanda sokongan daripada baginda.

TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan berangkat menyaksikan pameran solo hasil karya dua pelukis di Galeri Prima, Balai Berita NSTP, hari ini. FOTO Rohanis Shukri
TUNKU Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar berkenan berangkat menyaksikan pameran solo hasil karya dua pelukis di Galeri Prima, Balai Berita NSTP, hari ini. FOTO Rohanis Shukri

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2022 @ 5:28 PM