GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
GAMBAR hiasan. FOTO BERNAMA
BERNAMA

Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran angin kencang dan laut bergelora di sekitar perairan negara hingga Rabu depan.

MetMalaysia dalam kenyataan dikeluarkan 10.40 pagi tadi memaklumkan Amaran Kategori Kedua membabitkan kejadian angin kencang barat berkelajuan 50 hingga 60 kilometer sejam (kmj) dengan ketinggian ombak sehingga 4.5 meter (m), dikeluarkan di kawasan perairan Phuket.

Menurut MetMalaysia, keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Selain itu, Amaran Kategori Pertama membabitkan fenomena angin kencang berkelajuan 40 hingga 50kmj dengan ketinggian ombak mencecah 3.5 meter dijangka berlaku di kawasan perairan Selat Melaka Utara, timur laut Samui, utara Condore, utara Reef North, Layang-Layang dan Palawan.

"Keadaan angin kencang dan laut bergelora ini adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 19 Julai 2023 @ 1:02 PM