Lori yang digunakan suspek untuk mengangkut buah kelapa sawit yang dicuri dibakar penduduk di sebuah ladang di Simpang Renggam Johor. Foto tular
Lori yang digunakan suspek untuk mengangkut buah kelapa sawit yang dicuri dibakar penduduk di sebuah ladang di Simpang Renggam Johor. Foto tular
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Berang terhadap kegiatan mencuri tandan kelapa sawit menyebabkan dua penduduk kampung nekad membakar lori digunakan empat penjenayah.

Empat suspek berusia 30-an itu bagaimanapun berjaya ditahan polis kira-kira jam 9 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, semua suspek didapati positif dadah dan memiliki 21 rekod jenayah lampau termasuk mencuri, penyalahgunaan dadah dan menyimpan harta curi.

"Suspek yang disoal siasat mengaku mencuri tandan kelapa sawit di di sebuah ladang di Simpang Renggam.

"Semua suspek kini direman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, pihaknya turut menahan dua penduduk kampung dan memburu seorang lagi selepas mereka dipercayai terbabit membakar lori digunakan suspek untuk mengangkut tandan kelapa sawit dicuri.

Katanya, semakan nombor pendaftaran lori dibakar itu mendapati ia didaftarkan atas nama sebuah syarikat di Johor Bahru.

"Dua pekebun berusia 40-an dan 50-an yang terbabit dalam kejadian bakar kenderaan itu turut direman sehingga ahad ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Julai 2023 @ 1:22 PM