AYOB Khan bersalaman Razarudin ketika memasuki pejabatnya di Bukit Aman untuk memulakan tugas, hari ini. FOTO Ihsan PDRM.
AYOB Khan bersalaman Razarudin ketika memasuki pejabatnya di Bukit Aman untuk memulakan tugas, hari ini. FOTO Ihsan PDRM.
Muhaamad Hafis Nawawi


Kuala Lumpur: Timbalan Ketua Polis Negara (KPN) Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay memulakan tugas rasmi di pejabat Timbalan KPN di Bukit Aman, hari ini.

Hadir sama, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain.

Ayob Khan tiba bersama isteri, Datin Seri Zalena Mohd Ariffin merangkap Naib Pengerusi Persatuan Keluarga Polis Malaysia pada 8 pagi dan diberikan 'Guard Turn Out' oleh anggota Cawangan Kem Komandan Bukit Aman.

Beliau kemudian disambut Setiausaha Polis Malaysia, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin bersama barisan Ketua Urus Setia KPN di lobi Menara 1, sebelum diiring ke tingkat 31 yang menempatkan pejabat rasminya.

Penolong Pengarah (Psikologi dan Kaunseling) Bahagian Agama dan Kaunseling, Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard Bukit Aman, Asisten Komisioner Mohd Zakarim Abdullah @ Zakaria hadir memimpin bacaan doa.

Ayob Khan yang sebelum ini Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah dilantik sebagai Timbalan KPN, berkuat kuasa 22 Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 Julai 2023 @ 12:51 PM