Kamaruddin Md Noor
Kamaruddin Md Noor
Nor Fazlina Abdul Rahim


Kota Bharu: Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) akan bertanding di enam kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan bulan depan.

Kesemua kerusi yang ditandingi masing-masing dua dalam Parlimen Gua Musang dan Parlimen Jeli, selain Dun Kok Lanas dan Dun Gual Ipoh.

Lima daripada enam kerusi yang ditandingi itu disandang oleh Umno, dan ia bukan memberi laluan mudah kepada parti itu untuk menang mudah.

Untuk rekod pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), tiada kerusi dimenangi Bersatu sebelum Adun Ayer Lanas, Datuk Seri Mustapa Mohamed keluar dari Umno dan menyertai Bersatu menjadikan satu kerusi milik parti itu di Kelantan.

Pengerusi Bersatu Kelantan, Datuk Kamaruddin Md Noor berkata, walaupun berdepan cabaran untuk merampas kerusi milik Umno, beliau yakin dengan gelombang Perikatan Nasional (PN).

"Kita juga akan pastikan calon yang ditampilkan mampu memenangi hati rakyat dan kita mengharapkan semua pengundi memberi sokongan.

"Proses pemilihan calon Bersatu di enam kerusi berkenaan akan dimuktamadkan minggu depan dan sebanyak 18 nama dihantar kepada kepimpinan pusat untuk proses pemilihan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Julai 2023 @ 3:13 PM