ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mayat lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat 22 bangunan sebuah apartmen di Taman Putra Permai, Serdang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
ANGGOTA bomba membantu mengeluarkan mayat lelaki yang dipercayai terjatuh dari tingkat 22 bangunan sebuah apartmen di Taman Putra Permai, Serdang, hari ini. FOTO Ihsan Bomba
Nurul Hidayah Bahaudin


Serdang: Penemuan mayat lelaki berlumuran darah terperosok di dalam longkang terjawab apabila mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat 22 kediamannya di sebuah pangsapuri di Taman Putra Permai, di sini, hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 12.34 tengah hari.

Menurutnya, seramai lapan anggota bersama dua jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Serdang dikejarkan ke lokasi kejadian.

"Sebaik tiba, kami dimaklumkan terdapat seorang lelaki berusia 34 tahun dipercayai terjatuh dari tingkat 22 apartmen berkenaan

"Ketika kejadian, lelaki itu dipercayai tinggal bersendirian di apartmen berkenaan," katanya dalam kenyataan, di sini.

Katanya, mangsa yang cedera parah disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan sebelum mayatnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 27 Jun 2023 @ 4:51 PM