JEMPOL 22 JUN 2023.( ) Kedai emas di Bahau yang dipecah masuk sebelum kejadian itu disedari pekerja pada jam 9 pagi tadi STR/ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
JEMPOL 22 JUN 2023.( ) Kedai emas di Bahau yang dipecah masuk sebelum kejadian itu disedari pekerja pada jam 9 pagi tadi STR/ABNOR HAMIZAM ABD MANAP
Abnor Hamizam Abd Manap


Jempol: Sebuah kedai emas di Bahau, di sini, dipecah masuk awal pagi tadi menyebabkan pemiliknya mengalami kerugian kira-kira RM1 juta.

Kejadian itu disedari pemilik premis berusia 40-an selepas dimaklumkan pekerjanya sebaik membuka kedai itu kira-kira jam 9 pagi.

Pemilik premis itu yang enggan nama disiarkan berkata, pekerjanya itu terhidu bau hangit selain melihat keadaan kedai itu dalam keadaan mencurigakan.

"Sebaik diperiksa banyak barang kemas yang berada di ruang pameran hilang selain pintu belakang terbuka.

"Bagaimanapun, saya tidak pasti berapa nilai kerugian kerana masih dalam siasatan namun tidak menolak kemungkinan lebih RM1 juta," katanya ketika ditemui hari ini.

Katanya, ini kali pertama kejadian berlaku sepanjang lapan tahun membuka perniagaan emas di Bahau.

"Saya tetapkan teruskan perniagaan ini walaupun masih terkejut serta sedih dengan kejadian menimpa dan menyerahkan siasatan kepada polis," katanya.

Selain kedai emas berkenaan, terdapat dua lagi premis di Bahau turut dipecah masuk.

Sementara itu polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai kejadian itu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 Jun 2023 @ 4:27 PM