GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Gara-gara menghamburkan kata-kata kesat, remaja diserkup ke dalam karung guni sebelum dibelasah sekumpulan remaja lain dekat Jalan Langsat di sini, kira-kira 12 tengah malam semalam.

Menurut Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh, mangsa, 18, cedera pada kepala tangan akibat dipukul enam suspek berusia 15 hingga 18 tahun.

"Hasil siasatan awal mendapati mangsa menjadi punca pergaduhan kerana mengeluarkan kata-kata kesat sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan rakan-rakannya.

"Mangsa mengenali beberapa suspek yang terlibat kerana merupakan rakan-rakannya di mana ketika itu mereka

sedang makan di sebuah restoran dekat pusat bandar.

"Senjata yang digunakan dalam pergaduhan itu iaitu kerusi plastik selain iPhone 12 Pro Max dirampas," katanya. Kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Beliau berkata, semua tangkapan tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan pemeriksaan urin mereka didapati negatif dadah.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 17 Jun 2023 @ 12:53 PM