TANGKAP layar video tular yang menunjukkan sebuah kenderaan dihanyutkan arus yang didakwa berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.
TANGKAP layar video tular yang menunjukkan sebuah kenderaan dihanyutkan arus yang didakwa berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands.
Rosman Shamsudin


Tapah: Polis menafikan video tular yang menunjukkan kenderaan dihanyutkan air berarus deras, berlaku di Jalan Tapah-Cameron Highlands dekat sini.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, pihaknya mengesan video berdurasi 1 minit 54 saat itu pada 6.30 petang tadi.

Katanya, siasatan lanjut dilakukan segera susulan dakwaan kejadian berlaku berhampiran Kuala Woh.

"Hasil siasatan mengesahkan kejadian itu tidak berlaku di Jalan Tapah ke Cameron Highlands dan polis mengingatkan pihak terbabit agar menghentikan penularan video yang boleh menimbulkan kegusaran masyarakat," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, tindakan boleh diambil mengikut Seksyen 233 Akta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia 1998 dan Seksyen 505b Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 14 Jun 2023 @ 11:38 PM