Jalan Tapah- Cameron Hingland sesak kira-kira dua kilometer akibat tiga kejadian tanah runtuh pagi tadi, dekat sini. FOTO Ihsan PDRM.
Jalan Tapah- Cameron Hingland sesak kira-kira dua kilometer akibat tiga kejadian tanah runtuh pagi tadi, dekat sini. FOTO Ihsan PDRM.
Rosman Shamsudin


Tapah: Laluan di kedua-dua arah di Batu 16 Jalan Tapah-Cameron Highlands, di sini, yang terhalang akibat kejadian tanah runtuh dibuka semula untuk semua kenderaan pada 5 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, walaupun jalan itu sudah boleh dilalui oleh kenderaan, namun lokasi kejadian masih dipenuhi kesan lumpur.

Katanya, syarikat konsesi masih menunggu bantuan jentera berat bagi membersihkan sepenuhnya kawasan yang terbabit dalam kejadian tanah runtuh itu.

"Walaupun kerja-kerja pembersihan belum siap sepenuhnya, tetapi kenderaan sudah dibenarkan melalui laluan itu dari kedua-dua arah," katanya.

Terdahulu, portal Harian Metro melaporkan kejadian tanah runtuh menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas sepanjang dua kilometer (km) di Batu 16 Jalan Tapah-Cameron Highlands, dekat sini.

Pihak polis menerima maklumat berhubung kejadian terbabit pada 8 pagi.

Kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tapah dikejarkan ke lokasi sebaik menerima laporan kejadian terbabit.

Berita berkaitan:

  • Tiga tanah runtuh dekat Cameron Highlands
  • Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 September 2020 @ 6:17 PM