KETULAN mampat daun kering dipercayai ganja yang dirampas. FOTO ihsan Polis
KETULAN mampat daun kering dipercayai ganja yang dirampas. FOTO ihsan Polis
Shaiful Shahrin Ahmad Pauzi


Taiping: Polis menahan tiga suspek di Kampung Paya, Kamunting dan merampas beberapa ketulan mampat dipercayai ganja seberat 48.446 kilogram (kg) bernilai lebih RM150,000, kelmarin.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata, kesemua dadah berkenaan ditemui Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman dalam beberapa siri serbuan.

Menurutnya dua lelaki dan seorang wanita berusia 35 hingga 39 tahun ditahan.

"Soal siasat yang dijalankan suspek bergiat aktif sejak Jun tahun lalu.

"Semua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM153,260.

"JSJN Perak turut merampas tiga kenderaan dan seutas rantai bernilai RM67,670," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, kesemua suspek negatif dadah dan tidak mempunya rekod jenayah lampau.

Kes disiasat mengikut Seksyen 39B ADB 1952 dan kesemua susepk direman bermula 18 hingga 23 Mei bagi membantu siasatan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Mei 2023 @ 11:50 AM