Fahmi Fadzil. FOTO AIZUDDIN SAAD
Fahmi Fadzil. FOTO AIZUDDIN SAAD
BERNAMA

Kuala Lumpur: Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan terbabit dalam skim pelaburan patuh syariah termasuk mempromosikannya seperti poster yang tular di media sosial.

Penafian berita tular di media sosial itu dibuat agensi yang bertanggungjawab melalui kenyataan media oleh Pasukan Respons Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) hari ini.

Fahmi menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mempromosikan mana-mana skim pelaburan di samping sudah membuat laporan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) untuk tindakan lanjut.

"Orang ramai dinasihatkan agar melaporkan iklan palsu dan pelaburan yang berunsurkan penipuan dalam talian menerusi portal aduan di pautan https://aduan.skmm.gov.my/Complaint/AddComplaint?NOSP=1," menurut kenyataan itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 6 Mei 2023 @ 8:20 AM