Mohd Amin Jalil


Seremban: Tindakan penguatkuasaan yang tegas akan diambil agensi penguat kuasa terutama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam menguatkuasakan larangan kenderaan berat sempena sambutan Aidilfitri.

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata pihaknya sudah menetapkan larangan untuk kenderaan berat menggunakan jalan raya khususnya lebuh raya selama empat hari sempena sambutan Aidilfitri ini.

Katanya, larangan itu akan dikuatkuasakan pada Khamis dan Jumaat ini serta pada 24 dan 25 April ini.

"Tindakan itu diambil untuk memastikan pemandu mematuhi peraturan ditetapkan demi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

"Anggota penguat kuasa terbabit akan ditempatkan di lokasi tertentu yang strategik dan dikenal pasti sebagai berisiko tinggi berlaku kemalangan.

"Peronda JPJ akan dikerahkan di seluruh negara bagi melakukan pemantauan dan penguatkuasaan dan setiap pelanggaran peraturan ini akan diambil tindakan tegas," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Bantuan Aidilfitri dan Majlis Berbuka Puasa di Dewan Majlis Bandaraya Seremban (MBS), di sini, hari ini.

Katanya, larangan terhadap kenderaan berat itu perlu terus dilaksanakan pada setiap musim perayaan untuk mengurangkan kesesakan dan risiko kemalangan.

"Ini suatu tindakan yang perlu kita ambil kerana berlaku peningkatan bilangan kenderaan di jalan biasa dan lebuh raya.

"Namun, pengecualian diberikan kepada sektor-sektor kritikal. Saya berharap

pengguna jalan raya yang berkenaan dapat mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa untuk demi keselamatan semua pihak," katanya.

GUAN Yoke (kanan) pada media selepas menerima gangguan seksual daripada ratusan lelaki Bangladesh. FOTO Izz Laily Hussein.
GUAN Yoke (kanan) pada media selepas menerima gangguan seksual daripada ratusan lelaki Bangladesh. FOTO Izz Laily Hussein.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 April 2023 @ 9:53 PM