AHMAD Faez (kiri) menerangkan berkaitan kempen kepada Loke (baju hijau).
AHMAD Faez (kiri) menerangkan berkaitan kempen kepada Loke (baju hijau).
Lizam Ridzuan


PENINGKATAN jumlah trafik setiap kali tiba musim perayaan antara penyebab berlaku pertambahan jumlah kemalangan.

Bagi membantu mengurangkan kes, terutama yang membabitkan motosikal, Kempen Keselamatan Jalanraya Sempena Tahun Baru Cina 2023 dianjurkan Suzuki Malaysia Sdn Bhd (SMSB).

Edisi kali keenam ini diadakan dalam memastikan setiap penunggang sentiasa berwaspada atas jalan raya.

 PEMERIKSAAN motosikal percuma untuk semua jenama.
PEMERIKSAAN motosikal percuma untuk semua jenama.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan SMSB Ahmad Faez Yahya berkata, motosikal digunakan secara meluas untuk kegunaan ke sesuatu destinasi, menghantar makanan, bersiar-siar pada hujung minggu atau ke tempat kerja.

"Penting untuk penunggang sentiasa peka dan waspada keadaan sekeliling serta ancaman yang mungkin berlaku ketika atas jalan raya.

"Setiap penunggang juga perlu melengkapkan diri dengan ilmu keselamatan jalan raya," katanya ketika acara di Seremban, Negeri Sembilan.

Antara aktiviti kempen ialah pemeriksaan keselamatan 16 bahagian motosikal secara percuma untuk semua jenama model motosikal, penukaran topi keledar lama dan khemah pameran rakan korporat SMSB.

Turut hadir Menteri Pengangkutan Anthony Loke, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia Datuk Zailani Hashim, Pengerusi Persatuan Pengedar Motosikal & Skuter Malaysia (MMSDA) Datuk Wee Hong dan Pengarah Kejuruteraan Majlis Bandaraya Seremban Sabaruddin Sulaiman.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 January 2023 @ 6:17 AM