ANTHONY Loke berbual bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Zailani Hashim (dua kanan)selepas sidang media di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
ANTHONY Loke berbual bersama Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan, Datuk Jana Santhiran Muniayan (kanan) dan Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), Datuk Zailani Hashim (dua kanan)selepas sidang media di Putrajaya. FOTO Mohd Fadli Hamzah.
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Putrajaya: Trip bas ekspres akan ditambah bagi membolehkan orang ramai pulang ke kampung halaman menyambut Aidilfitri.

Beliau berkata, penambahan trip itu akan dibuat beberapa hari sebelum menjelang hari raya.

Katanya, dari segi data Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) ada penambahan permohonan Lesen Perubahan Sementara (LPS) bagi penggunaan bas bukan ekspres.

"Penambahan dari segi trip itu biasanya beberapa hari sebelum raya.

"Itu memang biasa. Tetapi kita tahu walaupun ada penambahan penawaran, permintaan masih sangat tinggi yang mungkin belum cukup untuk menampung," katanya pada sidang media di kementeriannya hari ini.

Harian Metro sebelum ini melaporkan jualan tiket bas ekspres untuk pulang beraya bagi kawasan utara dan timur tanah air laris dan kebanyakannya sudah habis dijual.

Tinjauan di Hentian Duta mendapati, tiket bas untuk pulang beraya ada yang habis sejak pertengahan Mac lalu.

Loke berkata, pihak kementerian terbuka kepada mana-mana syarikat operasi untuk memohon untuk menambah trip bas.

"Kita terbuka kepada mana-mana syarikat operasi untuk memohon.

"Kalau mereka ada kapasiti, mereka boleh pohon untuk menambah trip," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 10 April 2023 @ 12:59 PM