FOTO HIASAN
FOTO HIASAN
Mohd Rafi Mamat

Kuantan: Tindakan seorang peniaga warga Bangladesh yang cuba memberikan maklumat palsu dalam butiran ketika membuat permohonan carian kad pengenalannya membawa padah apabila Mahkamah Majistret Kuantan, hari ini menjatuhkan hukuman penjara sembilan bulan terhadapnya.

Tertuduh, Mohamad Noramin Anuar Rahman, 19, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Tengku Eliana Tuan Kamaruzaman.

Dia mengaku melakukan perbuatan itu di kaunter kad pengenalan di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pahang pada 23 Februari lalu.

Pendakwaan terhadapnya dilakukan mengikut Peraturan 25(1)(b) Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007).

Kes dikendalikan pegawai pendakwa raya JPN, Shahzan Amir Mohd Nor dan Mohd Jeffri Abd Rashid, manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela.

Sehubungan itu, JPN menerusi satu kenyataan menyeru dan mengingatkan orang ramai supaya sentiasa memberikan kerjasama serta membuat aduan terus kepada pihak berkuasa jika mengesan setiap isu penyelewengan.

Katanya, ini membolehkan setiap kesalahan yang dilakukan dapat diambil tindakan penguatkuasaan yang boleh menjadi teladan kepada masyarakat amnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Mac 2023 @ 3:18 PM