MUHAMAD Akmal. FOTO arkib NSTP
MUHAMAD Akmal. FOTO arkib NSTP
Mohammad Khairil Ashraf Mohd Khalid


Kuala Lumpur: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Merlimau, Dr Muhamad Akmal Saleh didakwa memenangi jawatan Ketua Pemuda Umno bagi sesi 2023-2026.

Penyandangnya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi hantaran di Facebooknya hari ini mengucapkan tahniah atas kemenangan Dr Muhamad Akmal.

"Alhamdulillah, keputusan tidak rasmi Dr Akmal Saleh berjaya memenangi jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia untuk sesi 2023-2026.

"Setakat ini undi yang diperolehi 102 Bahagian, melepasi 96 undi untuk majoriti mudah daripada keseluruhan 191 Bahagian. Tahniah!," katanya.

Bagaimanapun keputusan rasmi yang disiarkan di Menara Dato Onn sehingga jam 9.43 malam mendapati Dr Muhamad Akmal memperoleh 36 undi berbanding tiga pencabarnya yang lain.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 11 Mac 2023 @ 9:56 PM