GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Noor Hidayah Tanzizi


Kuala Lumpur: Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) menjangkakan keadaan cuaca di Semenanjung kurang hujan sehingga 16 Mac ini berdasarkan analisa model cuaca.

Ketua Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah berkata, justeru suhu dijangka lebih panas dari kebiasaan khususnya di negeri utara Semenanjung.

Bagaimanapun katanya, ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di beberapa kawasan.

"Ribut petir dan hujan lebat berserta angin kencang dijangka masih boleh berlaku di kawasan pedalaman dan barat Semenanjung, Sabah serta Sarawak pada sebelah petang dan malam.

"Amaran angin kencang dan laut bergelora bagi perairan Laut China Selatan berkuat kuasa pada Isnin dan Selasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 Mac 2023 @ 5:01 PM