USAHA mencari dan menyelamat K. Sarathkumar oleh pihak bomba dilakukan apabila Toyota Acanza dipandu dibawa arus di Jalan GSA Chamek, Kluang. FOTO tular
USAHA mencari dan menyelamat K. Sarathkumar oleh pihak bomba dilakukan apabila Toyota Acanza dipandu dibawa arus di Jalan GSA Chamek, Kluang. FOTO tular
Mohamad Fahd Rahmat

Kluang: Seorang pekerja kilang kelapa sawit menjadi korban banjir pertama di negeri ini selepas Toyota Avanza dipandu dihanyutkan arus deras di Jalan GSA Chamek, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Kluang Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, mangsa K Sarathkumar, 20-an ditemukan dalam kenderaannya itu kira-kira 12.20 tengah hari.

Beliau berkata, dalam kejadian 7.20 pagi itu mangsa dalam perjalanan ke tempat kerja di Kilang Kelapa Sawit Kekayaan, Paloh sebelum kenderaan dibawa arus banjir.

"Usaha mencari dan menyelamat (SAR) mangsa yang terdiri daripada anggota Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang dilancarkan.

"Pada kira-kira 12.20 tengah hari pasukan mencari menemukan Toyota Avanza yang ditenggelami banjir.

"Pemeriksaan di dalam kenderaan berkenaan menjumpai seorang lelaki dan didapati telah meninggal dunia," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, mayat dibawa ke Hospital Enche' Besar Hajjah Kalsom (HEBHK) Kluang untuk bedah siasat.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Mac 2023 @ 2:56 PM