Ketua Pegawai Eksekutif Desatera Sdn Bhd, Datuk Feizal Nur Nurbi (kiri), bersama Timbalan Ketua Protokol, Jabatan Protokol, Kementerian Luar Neger Radzi Jamaludin dan Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA, Sapian Mamat pada majlis penyerahan hari ini.

Muhaamad Hafis Nawawi

Bangi: Kumpulan Dewina Brahim menyertai tabung khas bencana melalui sumbangan makanan bagi membantu mangsa gempa bumi di Turkiye dan Syria.

Dalam satu kenyataan, syarikat itu berkata, sebagai warga korporat yang prihatin mereka menyertai tabung khas bencana melalui sumbangan makanan.

"Kumpulan Dewina Brahim akan menyumbang 30,000 paket nasi hidangan sedia untuk dimakan terdiri daripada 20,000 paket nasi briyani ayam dan 10,000 paket nasi briyani kambing," katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, Kumpulan Dewina Brahim menyerahkan 8,000 paket nasi briyani ayam pada peringkat pertama ini kepada Kementerian Luar Negeri dan bakinya akan diserahkan kemudian.

"8,000 paket nasi briyani ayam ini akan dihantar esok, ke Damsyik dengan pesawat Tentera Udara Raja Malaysia (TUDM).

"Sesi simbolik penyerahan sumbangan produk Brahim's kepada Kementerian Luar Negeri diadakan di kilang Dewina Food Industries di Bandar Baru Bangi hari ini," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 17 Februari 2023 @ 8:49 PM