Kementerian Pendidikan. FOTO Bernama.
Kementerian Pendidikan. FOTO Bernama.
BERNAMA

Putrajaya: Kementerian Pendidikan (KPM) telah mendapatkan maklum balas awal daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL) berhubung video tular di media sosial pada 8 Februari lalu berkaitan dakwaan guru meminta murid menukar agama.

KPM dalam kenyataan hari ini berkata, kementerian memandang serius isu itu dan menegaskan bahawa hal agama tidak boleh dijadikan persendaan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan negara.

"Siasatan awal telah dijalankan segera bagi mendapatkan kesahihan maklumat," kata KPM.

KPM berkata siasatan lanjut dan tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati melakukan persendaan kaum atau agama.

KPM pada masa yang sama akan memberi kerjasama sepenuhnya kepada pihak Polis Diraja Malaysia sekiranya terdapat laporan polis dibuat mengenai isu tersebut, katanya.

"KPM tidak akan berkompromi dalam hal-hal yang melibatkan pengurusan sekolah khususnya terhadap perkara yang boleh menggugat perpaduan kaum dan agama," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2023 @ 8:02 PM