PEGAWAI LUAS mengambil sampel air Sungai Gong yang keruh akibat kerja tanah sebuah tapak pembangunan, hari ini. FOTO Ihsan FB LUAS
PEGAWAI LUAS mengambil sampel air Sungai Gong yang keruh akibat kerja tanah sebuah tapak pembangunan, hari ini. FOTO Ihsan FB LUAS
Amirul Aiman Hamsuddin


Shah Alam: Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengesan sebuah tapak pembangunan menyebabkan kekeruhan air di Sungai Gong, Rawang, hari ini.

LUAS berkata, pihaknya melakukan pemantauan menemukan perkara terbabit jam 4.40 petang sebelum siasatan segera dijalankan.

"Kita kenalpasti aliran kekeruhan berkenaan berpunca dari tapak pembangunan yang sedang giat melaksanakan aktiviti kerja tanah.

"LUAS sudah melakukan pensampelan bagi tujuan melengkapkan kertas siasatan dan tindakan penguatkuasaan berdasarkan Seksyen 59 dan 79 Enakmen LUAS 1999," katanya menerusi kenyataan di laman Facebook rasminya, malam ini.

Pada masa sama, LUAS memaklumkan pihaknya juga akan terus membuat pemeriksaan di kawasan sekitar bagi mengenalpasti punca aliran air berwarna hitam yang turut dikesan di dalam Sungai Gong.

Menurutnya, permasalahan kualiti yang ditemui itu masih terkawal dan penyelesaian diusahakan menyeluruh dengan segera.

"Loji Rawatan Air (LRA) yang berada di hiliran aliran sungai berkaitan sudah dikenalpasti tidak berhadapan sebarang kemungkinan henti tugas.

"LUAS sentiasa siap siaga pemantauan 24 jam di lembangan Sungai Selangor," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 2 Februari 2023 @ 12:43 AM