LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) membuat pemeriksaan di kawasan perumahan Saujana, Rawang. FOTO Ihsan LUAS
LUAS dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) membuat pemeriksaan di kawasan perumahan Saujana, Rawang. FOTO Ihsan LUAS
Ruwaida Md Zain


Shah Alam : Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) mengesan bau di udara berhampiran kawasan perumahan di Saujana, Rawang kira-kira jam 12 tengah malam tadi.

Menurut Facebook (FB) rasmi LUAS, pencemaran bau itu dikesan semasa pemantauan Ops Sumber Air dibuat oleh pihak terbabit.

"LUAS dan Air Selangor membuat pensampelan bau air Sungai Kundang berhampiran taman berkenaan dan mengesan bau sebanyak 4 TON.

"LUAS bersama AIR Selangor menjalankan siasatan di kawasan Taman Velox dan mendapati kawasan takungan bersebelahan longkang berhampiran Loji Rawatan Kumbahan (LRK) Indah Water Konsortium (IWK) sudah melimpah, disyaki bocor berkemungkinan disebabkan hujan lebat di sekitar kawasan berhampiran.

"LUAS dan Air Selangor mengambil tindakan pantas dengan meletakkan 14 beg Activated Carbon (AC) di aliran keluar dan di dalam takungan kawasan yang disyaki di kawasan longkang berhampiran LRK IWK," menurut kenyataan itu.

Menurutnya, pihak IWK sedang melaksanakan tindakan pembersihan dan kawalan di kawasan berkenaan.

Bagaimanapun katanya, tiada henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) dan gangguan bekalan air dilaporkan.

"Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan dari semasa ke semasa," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 November 2020 @ 10:21 AM