Keadaan van pekerja yang terlibat nahas dengan Perodua Kelisa di Jalan Beruas, pagi tadi. FOTO IHSAN BBP PANTAI REMIS.
Keadaan van pekerja yang terlibat nahas dengan Perodua Kelisa di Jalan Beruas, pagi tadi. FOTO IHSAN BBP PANTAI REMIS.
Muhamad Lokman Khairi


Pantai Remis: Dua maut, manakala dua lagi cedera dalam kemalangan membabitkan kereta Perodua Kelisa dengan sebuah van pekerja di Jalan Beruas, dekat sini, pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira 9 pagi itu, mangsa yang disahkan maut ialah Mohd Ibrahim Md Deram, 77, dan Fatimah Mohd Ali, 64, manakala Osman Uzmi Chulan, 70, serta Fazlina Mohd Ibrahim, 53, cedera.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis Akmal Azizi Elias, pihaknya bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada 9.04 pagi.

"Bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam kenderaan itu, namun mereka disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan paramedik.

"Dalam pada itu, seorang penumpang lelaki patah kaki, manakala penumpang perempuan cedera ringan dalam kenderaan sama," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa yang cedera dihantar ke hospital untuk menerima rawatan lanjut.

"Mayat mangsa pula diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat 11.05 pagi," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2023 @ 1:44 PM