Mohd Amin Jalil


Seremban: Pemandu dan kelindan rentung selepas terperangkap di dalam treler terbakar di Kilometer 259.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan, berhampiran susur keluar Plaza Tol Port Dickson, di sini, hari ini.

Ketua Balai Bomba Seremban 2, Mohd Kamal Mohd Timar berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian pada jam 8.42 pagi.

Katanya, kebakaran membabitkan treler yang membawa muatan barang lusuh plastik.

"Kebakaran menyebabkan bahagian kepala lori musnah 100 peratus, dan dua mangsa ditemukan rentung.

"Pihak bomba menjalankan kerja pemadaman serta mengeluarkan mangsa," katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Beliau berkata, kedua-dua mangsa dipercayai pemandu dan kelindan lori berkenaan namun setakat ini jantina dan pengenalan diri mangsa belum dapat dikenal pasti.

"Mayat diserahkan kepada pihak polis sebelum dibawa ke Hospital Tuanku Ja`afar Seremban (HTJ)," katanya.

TRELER musnah selepas terbakar. FOTO ihsan Bomba
TRELER musnah selepas terbakar. FOTO ihsan Bomba

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2023 @ 12:17 PM