GAMBAR hiasan
GAMBAR hiasan
Amirul Aiman Hamsuddin


Hulu Selangor: Lorong kiri dan kecemasan Bukit Tagar ke Bukit Beruntung di Kilometer 426.1 Lebuhraya Utara-Selatan arah selatan ditutup selama dua minggu mulai semalam hingga 14 Januari tahun depan.

PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menerusi hantaran di laman Facebook rasminya memaklumkan penutupan laluan itu disebabkan kejadian cerun runtuh.

Menurut PLUS, pihaknya kemudian melaksanakan kerja pembaikan segera di lokasi terbabit.

"Pengguna lebuh raya diharap mematuhi arahan papan tanda di lokasi sepanjang proses kerja-kerja pembaikan.

"Pengguna juga dinasihatkan untuk merancang perjalanan masing-masing dan sentiasa pandu cermat," katanya, di sini.

Sehubungan itu, PLUS mengucapkan terima kasih dan menghargai pengguna lebuh raya di atas kerjasama yang diberi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 24 Disember 2022 @ 3:51 PM