ANTARA usaha dilakukan MCM bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan sukarelawan UniKL dalam membantu Orang Asli Kampung Sungai Lalang baru, Hulu Langat
ANTARA usaha dilakukan MCM bersama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan sukarelawan UniKL dalam membantu Orang Asli Kampung Sungai Lalang baru, Hulu Langat
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Kajang: Tidak hanya menumpukan bantuan terhadap mangsa banjir dan masyarakat Islam antarabangsa. Malah Pertubuhan Muslim Care Malaysia Society (MCM) turut menyantuni penduduk Orang Asli di luar bandar.

Terbaru MCM terbabit dalam aktiviti kesedaran kesihatan dalam kalangan komuniti Orang Asli di Kampung Sungai Lalang baru, Hulu Langat di sini.

Program bermula jam 8.30 pagi di Balai Raya kampung berkenaan mendapat kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia, Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan sukarelawan Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, Program Jom Sihat Bersama Penduduk asal setempat itu berjaya menarik perhatian pelbagai lapisan masyarakat di kampung berkenaan.

"Antara aktiviti yang dijalankan adalah pertandingan mewarna untuk kanak-kanak, pertandingan memasak, pameran makanan sihat selain keburukan alkohol dan rokok, pemeriksaan kesihatan, saringan kanak-kanak bantut serta pemeriksaan 'pap smear'.

"Masyarakat Orang Asli adalah sebahagian daripada kaum Bumiputera di negara ini membabitkan tiga suku bangsa iaitu Negrito, Senoi dan Melayu Asli.

"Jika mahu dibandingkan dengan kehidupan kita di bandar, masih banyak bantuan dan pendidikan perlu disalurkan kepada mereka.

"MCM akan terus mendekati golongan miskin terbabit selain meneruskan usaha menyalurkan bantuan kepada golongan memerlukan itu," katanya.

Orang ramai yang mahu turut sama menyumbang boleh melakukannya melalui capaian

https://muslimcaremalaysiasociety.com/ms/kempen/misi-dakwah-koa.

Sumbangan turut boleh disalurkan melalui akaun MAYBANK Muslim Care Malaysia 564490413882, BANK ISLAM 14014010147470 atau BANK RAKYAT 1101744599 atau menghubungi HOTLINE MCM +60 11 5005 0035.

"Mudah-mudahan asbab daripada permulaan sumbangan ini akan menghasilkan lebih banyak gerak kerja dakwah kepada masyarakat Orang Asli," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2022 @ 8:13 AM