RATA_RATA mangsa gempa bumi di Afghanistan hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan kemanusiaan antarabangsa.
RATA_RATA mangsa gempa bumi di Afghanistan hidup dalam keadaan daif dan memerlukan bantuan kemanusiaan antarabangsa.
Mohd Jamilul Anbia Md Denin


Kuala Lumpur: Ibarat derita berganda apabila rakyat Afghanistan yang dihimpit kemiskinan dan sekatan ekonomi antarabangsa diuji dengan bencana alam gempa bumi kuat Rabu lalu.'

Sehingga kini sengsara dialami mangsa gempa di negara berkenaan sukar digambarkan berikutan jumlah mangsa terkorban terus bertambah saban hari.

Presiden Muslim Care Malaysia (MCM), Zulkifli Wahijan berkata, bencana itu meragut ribuan nyawa serta menyebabkan jumlah mangsa yang cedera sukar dihitung.

"Tiada angka tepat berikutan gempa bumi itu berlaku di kawasan pedalaman berbukit dan gunung ganang. Ini menyebabkan bantuan kemanusiaan sukar dihantar ke lokasi bencana.

"Wilayah Patika dilaporkan paling teruk terjejas. Gempa bumi menghancurkan banyak rumah penduduk yang dibina menggunakan tanah dan batu.

"Ramai anak-anak, wanita dan warga emas yang masih lagi terperangkap bersama mayat keluarga mereka di bawah runtuhan rumah mereka sendiri.

"Atas dasar kemanusiaan dan persaudaraan, Muslim Care Malaysia (MCM) dengan kerjasama rakan Petubuhan Bukan Kerajaan (NGO) yang berpangkalan di Kabul, Afghanistan, mengambil tanggungjawab membantu saudara kita yang sedang menderita di sana," katanya.

Muslim Care Malaysia (MCM) berusaha mengumpul dana bagi membantu ribuan mangsa gempa bumi di pendalaman Afghanistan
Muslim Care Malaysia (MCM) berusaha mengumpul dana bagi membantu ribuan mangsa gempa bumi di pendalaman Afghanistan

Beliau berkata, mengambil semangat Aidiladha yang bakal menjelang,

rakyat Malaysia dialu-alukan menyumbang bantuan terutama makanan, set kebersihan dan lain-lain keperluan kepada mangsa di Afghanistan.

"Orang ramai boleh menyumbang secara online melalui

https://infaqpay.my/plus/tabung-bantuan-gempa-bumi-afghanistan-mcm

"Sedekah atau infaq boleh juga disalurkan menerusi akaun Muslim Care Malaysia (MCM) membabitkan Maybank 564490413882 , Bank Islam 14014010147470, Bank CIMB 8604171675 (Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia) dan Bank Rakyat 1101744599," katanya.

Setiap slip sumbangan boleh dihantar kepada talian Hotline MCM

01150050035.

MCM sebelum ini turut melakukan dua misi kemanusiaan pada November 2021 dan April 2022 bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada jutaan rakyat Afghanistan yang dihimpit kemiskinan tegar.

Bantuan diberikan turut membabitkan pemberian mesin jahit dan kewangan bagi membantu golongan wanita serta anak yatim memperolehi pendidikan selain kemahiran.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Jun 2022 @ 10:01 AM