DATUK Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di  Bangunan Perdana Putra hari ini. FOTO Bernama.
DATUK Seri Anwar Ibrahim menunjukkan senarai pembentukan barisan Kabinet pada sidang media Pengumuman Kabinet Kerajaan Perpaduan di Bangunan Perdana Putra hari ini. FOTO Bernama.
Amir Abd Hamid dan Raja Noraina Raja Rahim


Putrajaya: Selepas sembilan hari mengangkat sumpah jawatan nombor satu sebagai Perdana Menteri Ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, hari ini, mengumumkan anggota Kabinet Kerajaan Perpaduan diterajuinya dengan beliau turut memegang portfolio sebagai Menteri Kewangan.

Anwar akan dibantu dua Timbalan Perdana Menteri dalam Jemaah Menteri iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah serta Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Seri Fadillah Yusof merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi.

Pelantikan Fadillah adalah satu sejarah baharu negara apabila menjadi pemimpin pertama dari Sarawak dilantik jawatan nombor dua kerajaan Persekutuan.

Anwar berkata, semua menteri yang baru dilantik akan mengangkat sumpah di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, pada jam 3 petang esok.

Dalam pada itu, beliau berkata, senarai timbalan menteri akan diumumkan kemudian.

Berikut adalah Barisan Jemaah Menteri Kerajaan Perpaduan:

Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook

Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Mohamad Sabu

Menteri Ekonomi Mohd Rafizi Ramli

Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming

Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan

Menteri Kerja Raya Alexander Nanta Linggi

Menteri Dalam Negeri Datuk Saifuddin Nasution Ismail

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

Menteri Sains dan Teknologi Chang Lih Kang

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman

Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Ewon Benedick

Menteri Luar Negeri Datuk Seri Zambry Abd Kadir

Menteri Pelancongan Tiomg King Sing

Menteri Komunikasi Digital Ahmad Fahmi Mohamed Fadzil

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek

Menteri Perpaduan Negara Ago Dagang

Menteri Agama Datuk Dr Mohd Naim Mokhtar

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh

Menteri Sumber Manusia V N Sivakumar

Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Sabah Sarawak) Armizan Mohamad Ali

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 2 Disember 2022 @ 9:11 PM