GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Raja Noraina Raja Rahim


Kuala Lumpur: Hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung bermula esok sehingga Ahad ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah berkata, ramalan itu berdasarkan analisis model MET Malaysia Weather Research and Forecasting Model (MET-WRF), European Centre for Medium-Range Weather Forecasts (ECMWF) dan Global Forecast System (GFS).

"Penumpuan angin dijangka berlaku di kawasan Semenanjung dalam tempoh 21 hingga 23 Oktober ini.

"Keadaan ini berpotensi menyebabkan pembentukan awan ribut petir yang boleh membawa hujan lebat dan angin kencang pada sebelah petang hingga awal malam di kebanyakan negeri di Semenanjung," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menasihati orang awam untuk sentiasa merujuk laman web MetMalaysia di www.met.gov.my dan media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini serta sahih.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 Oktober 2022 @ 2:53 PM