HALIMAH Mohamed Sadique pada Majlis Perjumpaan Mesra Pemimpin vs Pemimpin di sebuah restoran di Kluang, Johor. FOTO MOHAMAD FAHD RAHMAT
HALIMAH Mohamed Sadique pada Majlis Perjumpaan Mesra Pemimpin vs Pemimpin di sebuah restoran di Kluang, Johor. FOTO MOHAMAD FAHD RAHMAT
BERNAMA

Kluang: Sebanyak 24 rumah ibadat bukan Islam di Johor menerima geran bantuan kewangan bernilai lebih RM1.5 juta.

Menteri Perpaduan Negara Datuk Halimah Mohamed Sadique berkata pemberian bantuan itu adalah komitmen kerajaan seiring dengan teras Aspirasi Keluarga Malaysia iaitu keterangkuman, kebersamaan dan kesyukuran.

"Saya berharap semua rumah ibadat selain Islam yang telah menerima geran bantuan ini menggunakan peruntukan yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaiknya," katanya dalam ucapan pada majlis penyampaian geran itu di sini hari ini.

Pada majlis itu, sembilan rumah ibadat Buddha menerima RM547,000, empat rumah ibadat Kristian (RM271,000), tiga rumah ibadat Hindu (RM211,000) manakala lapan rumah ibadat Tao menerima RM496,000.

Halimah berkata sebanyak RM30 juta telah diperuntukkan dalam Bajet 2022 untuk tujuan itu menerusi kementerian berkenaan.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 16 November 2022 @ 4:01 PM