GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
GAMBAR fail, sekadar hiasan. FOTO NSTP
Adibah Hani Hasnan

Kuala Lumpur: Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan berlaku banjir kilat yang membabitkanbeberapa daerah di empat negeri.

Menurut notis itu, berdasarkan hasil simulasi model ramalan hujan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia dan sistem Southeastern Asia-Oceania Flash Flood Guidance System (SAOFFGS), negeri berkenaan ialah Pulau Pinang, Perak, Kedah dan Sarawak.

Ia meramalkan kawasan terbabit berisiko dilanda banjir kilat jika hujan lebat terus berlaku dalam tempoh 24 jam dari notis itu dikeluarkan pada 3 petang tadi.

Di Pulau Pinang lokasi yang berisiko banjir kilat ialah di daerah Seberang Perai Selatan, membabitkan Mukim 1, Mukim 7 hingga 11, Mukim 13, Mukim 15 dan Nibong Tebal, selain di daerah Seberang Perai Tengah membabitkan Bukit Mertajam, Mukim 1, Mukim 3 hingga 9, Mukim 11, Mukim 13 hingga 16 dan Mukim 19 hingga 21, manakala di daerah Seberang Perai Utara, lokasi yang terlibat adalah Butterworth, Mukim 1 hingga 3, Mukim 5 hingga 6, Mukim 10 hingga 13 dan Mukim 16.

Di Perak, lokasi yang berisiko banjir kilat ialah daerah Kerian, membabitkan Bagan Serai, Kuala Kurau, Mukim 9, Parit Buntar dan Sungai Tinggi, seterusnya di daerah Larut, Matang dan Selama, membabitkan Pengkalan Baharu, Sungai Tinggi, manakala di daerah Manjung, lokasi yang terbabit ialah Beruas, Pekan Beruas dan Pengkalan Baharu.

Di Kedah, lokasi yang berisiko banjir kilat ialah daerah Kuala Muda, membabitkan Bandar Sungai Petani dan Sidam Kiri manakala di daerah Bandar Baharu, lokasi yang terlibat adalah Bandar Bandar Baharu, Pekan Lubuk Buntar, Sungai Kecil dan di daerah Kulim membabitkanBandar Lunas, Bandar Kulim, Naga Lilit dan Sungai Seluang.

Di Sarawak, lokasi yang berisiko banjir kilat ialah daerah Limbang, membabitkan Kg. Tengah, Kg. Meriting, Kg. Gelapas, Kg. Purusia dan Kg. Beriwan.

Notis kesiapsiagaan itu dikeluarkan supaya semua penduduk, terutama di kawasan berisiko, berwaspada dengan sebarang kemungkinan berlaku banjir kilat dalam tempoh itu.

Orang ramai sekali gus dinasihatkan mematuhi arahan pihak berkuasa atau agensi pengurusan bencana banjir.

Maklumat lanjut boleh diperoleh dengan melayari laman sesawang https://publicinfobanjir.water.gov.my, Facebook @PublicInfoBanjir dan Twitter @JPS_InfoBanjir

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 15 November 2022 @ 6:16 PM