AMIRUDIN Shari.
AMIRUDIN Shari.
Wartawan NST

Kuala Lumpur: Hasil pengisytiharan aset bersih calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) mendapati dua pemimpin daripada parti itu yang berjawatan Menteri Besar meraih pendapatan bulanan mencecah lima hingga enam angka.

NST melaporkan mereka adalah Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun dan Datuk Seri Amirudin Shari.

Aminuddin mengisytiharkan pendapatan bulanannya bagi September sebanyak RM83,029 manakala rakan sejawatannya di Selangor, Amirudin meraih pendapatan sebanyak RM179,775 pada bulan sama.

Angka itu bagaimanapun adalah jumlah keseluruhan dan bukan hanya gaji mereka sebagai Menteri Besar.

Difahamkan, lebih banyak boleh diperoleh jika menyandang jawatan Menteri Besar di negeri yang lebih besar dan maju.

Sementara gaji bulanan Aminuddin hanya RM19,175 manakala gaji Amirudin lebih tiga kali ganda iaitu RM58,250.

Pendapatan bulanan Aminuddin merangkumi elaun sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) (RM8,954), elaun lain (RM18,900), elaun sebagai pengerusi Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (RM6,000), dan RM30,000 untuk elaunnya. daripada Menteri Besar Incorporated (MBI).

Dalam kes Amirudin, beliau turut mendapat RM79,917 untuk yuran pengarah (berdasarkan kelulusanAhli Lembaga Pengarah (ALP); RM25,833 daripada laluan cuti, dan menuntut faedah perubatan sebanyak RM15,775.

Aminuddin yang bertanding di kerusi Parlimen Port Dickson, mengisytiharkan RM2,173,959.18 dalam aset bersih setakat 3 November lalu.

Bapa kepada lima anak itu mempunyai simpanan RM1,549,125.46, dengan RM1,334,407.56 di bank; RM176,817.71 dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), dan RM37,900.17 dalam Tabung Haji (TH) manakala pelaburannya bernilai RM398,929.77.

Aminuddin juga mempunyai enam bidang tanah, yang diperoleh dan dibelinya sejak 1991 hingga tahun lalu dengan nilai pasaran semasa RM970,000.

Beliau juga memiliki empat kenderaan, dengan nilai pasaran semasa antara RM8,000 hingga RM110,000.

Nilai keseluruhannya adalah RM190,000.

Hutangnya setakat 3 November pula berjumlah RM934,096.05 dan perbelanjaan tersenarai bagi September adalah RM44,486.40.

Dalam pada itu, Amirudin yang bertanding merebut kerusi Parlimen Gombak, mengisytiharkan aset bersihnya sebanyak RM639,273 setakat 30 September lalu.

Bapa kepada enam anak itu mempunyai simpanan RM144,000, dengan RM120,000 di bank dan RM24,000 di KWSP.

Beliau mempunyai tiga bidang tanah yang dibelinya sejak 2014 hingga tahun lalu, berjumlah nilai pasaran semasa RM1.7 juta.

Amirudin memiliki tiga buah kereta, dengan nilai pasaran semasa antara RM3,000 hingga RM250,000.

Nilai keseluruhan adalah RM273,000 dan hutang setakat 30 September berjumlah RM1.06 juta.

Manakala, perbelanjaannya untuk September adalah sebanyak RM20,000.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2022 @ 2:59 PM