KEHADIRAN penyokong yang lengkap berpakaian robot watak Optimus Prime dalam filem Transformers seberat 30kg mengujakan orang ramai, hari ini. FOTO Aminah Yusof
KEHADIRAN penyokong yang lengkap berpakaian robot watak Optimus Prime dalam filem Transformers seberat 30kg mengujakan orang ramai, hari ini. FOTO Aminah Yusof
Siti Aminah Mohd Yusof


Image

Bukit Mertajam: Kehadiran seorang lelaki mengenakan kostum watak Optimus Prime dalam filem Transformers mewarnai suasana di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bukit Mertajam, hari ini.

Muhammad Syukur Mohd Patthi, 28, berkata dia mengambil masa kira-kira sejam memakai kostum seberat 30 kilogram itu dibantu dua rakannya dan berada di PPC terbabit sejak 8.30 pagi tadi.

"Tujuan saya hadir di sini untuk menggamatkan suasana dan kostum yang saya pakai ini juga sebagai simbolik mentransformasikan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

"Saya sudah biasa memakai kostum yang dibuat dengan kos mencecah RM8,000 ini menggunakan material Eva Kopolimer yang lebih tahan lasak berbanding plastik," katanya ketika ditemui pemberita.

Terdahulu, kerusi Parlimen Permatang Pauh menyaksikan pertembungan empat penjuru antara calon Pakatan Harapan (PH) yang juga penyandang, Nurul Izzah Anwar; Datuk Mohd Zaidi Mohd Said (Barisan Nasional), Muhammad Fawwaz Mohamad Jan (Perikatan Nasional) dan Mohd Nasir Othman (Gerakan Tanah Air).

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2022 @ 10:51 AM