GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
GAMBAR hiasan. FOTO arkib NSTP
Samadi Ahmad

Putrajaya: Harga minyak masak tulen botol akan turun berkuat kuasa Selasa ini hingga 7 Disember.

Kementerian PerdaganganDalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui satu kenyataan berkata, penetapan harga baharu itu mengikut kaedah harga siling bergerak berdasarkan purata harga minyak sawit mentah dunia.

Menurutnya, harga runcit maksimum bagi minyak masak sawit tulen yang dibungkus dalam botol ini di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum Bagi Minyak Masak).

Katanya,harga baharu bagi tempoh ini adalah sepertiminyak masak (botol) satu kilogram (kg) RM6.90,dua kg RM13.30,tiga kg RM19.60 dan lima kg RM30. 90.

"Kawalan harga minyak masak sawittulen botol ini akan diteruskan dan telah mula dilaksanakan sejak 8 Ogos lalu," katanya.

KPDNHEP turut memberi peringatan kepada mana-mana pihak yang menjual melebihi harga maksima boleh diambil tindakan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011 dan boleh dikenakan penalti.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 November 2022 @ 5:00 PM